Monday, December 29, 2008

salam maal hijrah 1430

assalamualaikum w.b .t



hi...

dah lama saya tak mencoret kata - kata di ruangan ini.

sebernanya saya bercuti di kl

ingatkan dapatlah tenangkan fikiran tapi sebaliknya plak

makin kusut plak jadinya

dah la nk pekse

ginilah hidup.....

semakin lama hidup kita

makin banyak dugaan dan cabarannya.....

Tuesday, December 23, 2008

jom kenal insan yang ku sayang...





mak dan abah adalah idola perjalanan hidupku...


"berlajarlah selagi mampu, semua tu untuk masa depan"


tu antara kata -kata azimat dari mak dan arwah abah tersayang...


buktinya kini aku dan adik beradik dah mampu berdiri dengan kaki sendiri...


terima kasih mak... terima kasih abah


mungkin angah tak mampu membalas jasa mak dan abah mendewasakan angah tapi..


percayalah... nama kalian tidak pernah terlepas dari doa kudusku...


semoga ALLAH memelihara dan melimpahkan rahmat dan barakahnya. serta memanjangkan kasih sayang dalam keluargaku selama - lamanya....




Angah


mimpi ku yang indah



semalam aku bermimpi...

indah sangat...

mimpi ape???

eh mane leh gtau....

dalam mimpi tu aku bahagia sangat

aku harap sangat mimpi tu akan jadi kenyataan

suatu hari nanti

amin...

Sunday, December 21, 2008

kenangan terindah



ni lagu yang pernah menjadi memori terindah buat saya....

kalo saya dengar lagu ni...

saya pasti menangis...

lagu ni pernah dinyanyikan oleh dia

dia adalah insan yang pernah saya sayangi

tapi ALLAH lebih sayangkan dia...

semoga dia berbahagia di sana

Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti . Berubah hala serta janji.

Jangan ada benci. Suka dan duka dilalui

Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian. Ikatan murni terputus di pertengahan

Jangan dikesalkan. Jangan lantaran kegagalan .

Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti. Sakit-menyakiti.

Memusnahkan diri.

Kita harus tabah dan bersedia. Cekal hadapi kemungkinan yang tiba

Kadangkala yang berlaku

Di luar kemahuan kau dan aku

ayang

Saturday, December 20, 2008

salam sayang buat semua


malam ni saya cuma nak masukkan lirik lagu

lirik lagu ni banyak kenangan di hati saya
hayati bersama...



1234

Satu... kasih yg abadi

Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjanganMembawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahagaRela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu Berhati selalu beza antaraKasih dan kekasih

Ibu kuingat dahuluMenyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang... itu bidalan

Harus kau renungkan



segenggam setia
Lepaskanlah genggaman tanganmu Pergilah dia menantimu

Jangan menangis...Janganlah kau menolehku lagi

Biarlah kumembawa hati Jangan ditanya ke mana kupergi

Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba

Cuma yang ada segenggam setia Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu

Masih lagi aku terasa Betapa hancurnya hatiku

Bila kau dipaksa bersama Dengan si dia...

Senyuman yang engkau ukirkan Seakan mengundang sengsara

Kalau ku tahu kau tersiksa Tak kan kulepaskanmu

Setelah kau tiada di sisi

Bagiku tiada cinta lagi selamanya

Di bibir ku lafazkan rela

Di hati terasa pedihnya...







memori sekuntum rindu dari aiza

Friday, December 19, 2008

assalamualaikum.....

salam semua
maaf, sebernanya malam ni saya rindu sangat kat arwah ayahanda tercinta.
sebenarnya dah setahun dua bulan abah meninggal dunia.

kadang - kadang saya terfikir
apa sebenarnya ALLAH nak dari saya
tapi...
bila fikir semula dengan akal yang waras
barulah saya tahu
yang ALLAH sayangkan saya.


setiap ujian yang diberi pada hambanya
ada hikmah yang tersembunyi


semoga ALLAH
mencucuri rahmat pada abah tersayang
Zulkefeli binti Noriah
( Al- Fatihah )

Tanpa rela

Dia
perginya tanpa rela
tanpa pamitan akhir buatku
tanpa kucupan lembut dipipiku
tanpa nasihat pegangan jalanan ku
kenapa dia
kenapa dia yang dibawa
kenapa bukan insan lain
kenapa aku harus menerimanya
bertapa aku merindu
bertapa aku pilu
belum puas aku bermanja
belum puas mendengar kata
dia di bawa ke sana
abah
tak tertanggung rasanya beban ini
memikul tanggungjawab ini
menggelek hasrat semua
mengganti tempat mu
abah
goyah rasa dijiwa
lemah iman didada
mana lagi harusku berpaut
kerna dahan ku telah patah
kini
akulah dahan
akulah ranting
akulah akarnya
berbekalkan
tunjuk ajarmu
nasihat berguna mu
agar ku teruskan perjuangan
berkat semangat mu
akanku teruskan perjalanan yang belum bernoktah.




uja
anak abah

Tuesday, December 9, 2008

sekadar catatan

salam aidiladha buat semua

Tuesday, November 18, 2008

Ada untukmu...

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang T uhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.SUMBANGSIHIstimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam
Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan AllahPara pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-NyaPemuda-pemudi Muslim dan MuslimahYang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga IslamKeluarga Islam, Masyarakat IslamSeterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidupAgar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna iniMenuju satu alam yang selama-lamanyaKerana di situ pasti Destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta
************************************************************************************

Malam dan siang
Pagi dan petang
Langit dan Bumi
Matahari dan bulan
Semuanya berpasangan
Hingga Adam berasa keseorangan
Bertanya kepada Pencipta-Nya
Siapakah pasanganku?
Maka dijadikan Hawa dari tulang rusuk kiri yang bengkok
Agar dapat mereka berkasih sayang
Sungguh sempurna dunia ini
Tiada yang berseorangan
Semuanya diciptakan secara berpasangan
Malangnya tak ramai yang menghargai
Lantas mendatangkan kemusnahan di muka Bumi
Hai manusia
Belajarlah mengetahui sistem alam
Kerana kau akan temui
Asas kedamaian dan kebahagiaan yang dicari
Ketahuilah
Sistem kehidupan yang sempurna itu ialah ISLAM

Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan
Dari seorang yang perihatin...Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan PasanganSahabatku, diriwayatkan bahawa seorang wanita bernama Ummu Mahjul adalah seorangpelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat lelaki itu memberikan wang sebagaiimbalan kepadanya. Kemudian, ada seorang dari kaum muslimin yang ingin mengahwiniwanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Maka turunlahayat ini : "…dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yangberzina atau lelaki musyrik. "QS An-Nuur : 3HR. Ahmad dan An Nasa’iSahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang diungkapkan tentang ayat ini bahawaseorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina, tidak tertarik untuk menikah denganwanita baik-baik. Akan tetapi, ia hanya ingin menikahi wanita fasik yang berbuat burukseperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik yang berbuat buruk tidak tertarik untukdinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari darinya. Orang yang tertarik untukmenikahinya adalah lelaki yang satu perangai dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik.Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang, meskipun tidak menutup kemungkinansebaliknya, seperti yang dikatakan orang, ‘Hanya orang yang bertakwa yang melakukankebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang melakukan kebaikan.’ Demikian jugadalam kejadian ini.Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa engkau membangkitkan auratmu di depanumum? Untuk mendapat pacarkah? Untuk mendapat suamikah? Bukankah membangkitkanaurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah engkau ingin mendapatkan suami / isteriyang buruk perilakunya sama dengan kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut kebahagiaansempurna? Lihatlah pasangan hidup yang perilakunya sama-sama buruk, rumahtanggamereka tidak dapat bertahan lama!Wahai sahabatku, yakinlah dengan janji Allah bahawa engkau akan di beri pasanganterbaik jika engkau beriman dan bertakwa padaNya. Dan adalah Allah tidak pernahsedikit pun menyalahi janjiNya sendiri.

Sunday, November 16, 2008

Rahsia Mata Dan Pemikiran

Rahsia Mata Dan Pemikiran
Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:
1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.
2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..
3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.
4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.
5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.
6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.
7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.
8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.
# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan.

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan

Januari- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati- Sukar setia pada yang satu.- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannyapasangannya cemburu terhadapnya.- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.
Febuari- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.- Amat hormat kepada pasangan.- Amat suka memikat pasangan.- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.- Kurang beremosi terhadap pasangannya.- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12
Mac- Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati- Sangat baik dalam menjaga perhubungan-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.- Persaan cemburu yang minima.- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.- Berprasangka terhadap pasangan.- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.
April- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.- Sentiasa ingin diberi perhatian.- Amat cemburu dalam perhubungan.- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.- Romantik dan terlalu romantik- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.
Mei- Amat mudah jatuh cinta.- Baik dan jujur dalam perhubungan.- Pandai menarik hati pasangan.- Perasaan cinta yang mendalam.- Mudah untuk dipujuk.- Kurang suka untuk sentiasa bersama.- Mudah menerima cinta seseorang.- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.- Ambil berat dalam menjaga hubungan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11
Jun- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.- Cerewet dalam hubungan.- Selalu beremosi.- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.- Cepat rasa bosan dalam percintaan.- Kurang yakin dalam perhubungan.- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.- Dahagakan pujian dari pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.
Julai- Amat suka didampingi pasangan.- Sukar dimengerti oleh pasangan.- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.- Amat menghargai kesetiaan pasangan.- Mengambil berat dan mengasihi pasangan- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.- Suka merajuk dan dipujuk.- Setia terhadap pasangan.- Suka mendengar dan tidak suka membantah.- Cemburu terhadap pasangan.- Suka menilai dan menjaga perhubungan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7
Ogos- Tidak serius dalam perhubungan- Mengambil mudah dalam perhubungan- Kesetiaan di ragui.- Pandai memujuk pasangan- Suka memimpin pasangan.- Romantik, Pengasih dan Penyayang.- Kelam kabut dalam perhubungan.- Sering bertukar pasangan- Sukar mencari pilihan yang tepat- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.
September- Bersopan dalam hubungan- bertolak ansur terhadap pasangan- Suka mengkritik pasangan- Sangat prihatin terhadap pasangan- Sangat sensitif dan emosi- Pandai memahami pasangan- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan- Amat memilih pasangan- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11
Oktober- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.- Sopan terhadap pasangan.- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.- Sukar menerima pandangan pasangan.- Emosi yang mudah terusik.- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.- Cemburu dan terlalu cemburu.- Romantik- Memahami pasangan.- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.
November- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.- Degil dan engkar dengan pasangan.- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.- Mudah ambil berat terhadap pasangan.- Tidak menghargai perhubungan.- Sambil lewa dalam perhubungan.- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.- Kurang bersama dengan pasangan.- Pasangan Ideal: 4, 7
Disember- Pemurah terhadap perhubungan- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.- Tergesa-gesa dalam perhubungan- Suka didampingi oleh pasangan.- Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)- Suka mempengaruhi pasangan- Curang dalam percintaan.- Kurang berkerjasama dengan pasangan.- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

rahsia tarikh lahir


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir
Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.
Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.
Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.
1. Pemimpin2. Lembut3. Kemas (Cerewet)4. Rajin5. Boleh berbincang6. Angin7. Patuh8. Bisnes9. Glamour
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..hasilnya..
2: Lembut8: Bisnes1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalamdiri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini andaakan menjadi seorang yang berguna.
RAHSIA TARIKH LAHIR.
Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?
Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.
RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.
Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.
PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).
KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.
PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.
KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.
************************************************************************
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira..
Contoh:12 April 197412 + 4 + 1974 = 19901 + 9 + 9 + 0 = 191 + 9 = 101 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian.-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.- Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

gambar kartun
















suke tgk katun tak?





bohong la kalo x minat katun....










Gambar pelik















hmm...gambar2 yg agak pelik hasil effect photoshop...die campur tumbuhan ngan binatang...kirenye proses membinatangkan tumbuhan la nie...xtau nak panggil ape....tumbutang?..binahang?...pape jela...yg pntg mmg nampak mantap giler....yg paling best gambar katak ngan kulit oren tue...tapi sian kat tikus yg comey tue...hehe











Tuesday, November 4, 2008