Friday, May 22, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismi llâhi R-rahmâni R-rahîm

renungan bersama

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamu’alaikum w.b.t.Sahabatku sekalian,
Ya Allah... takutnya... bacalah sampai habis..
sekejap jer..tak sampai 5 minit pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,Lindungilah dan peliharakanlah kami,
kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH
......AMIN.....



LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”Jawabnya: “Ya Muhammad, aku dating kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahuibahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(Dipetik daripada kitab “Peringatan Bagi Yang Lalai”)Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat*Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua’lam.Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al- Baqarah Ayat 159:“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”

guru yg terbaik


Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru BerkesanBagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?


1. Bersikap profesional.

2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

3. Kaya ilmu.

4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

5. Bermoral teguh.

6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

11. Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.

12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah

petua jd pandai


Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam




Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

selamat beramal.....

Jangansengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.

Thursday, May 7, 2009

fakta mengarut....


1. Tidur yang normal dapat mencegah dari proses penuaan terutamanya tidur ketika anda sedang memandu. (mampus eksiden)
2. Mempunyai seorang anak menjadikan anda sebagai ibu/bapa manakala mempunyai dua orang anak menjadikan ada seorang pengadil (anak gaduh doh!)
3. Perkahwinan adalah satu perhubungan di mana salah seorang akan sentiasa betul dan seorang lagi ialah si suami!
4. Otak manusia berfungsi 24 jam sehari, 365 hari setahun sehinggalah anda jatuh cinta kepada seseorang.

tujuh keajaiban dunia



Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”
Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,
1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi
5) Dapat merasakan
6) Dapat tertawa
7) Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

info lawak



1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?