Tuesday, November 18, 2008

Ada untukmu...

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang T uhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.SUMBANGSIHIstimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam
Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan AllahPara pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-NyaPemuda-pemudi Muslim dan MuslimahYang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga IslamKeluarga Islam, Masyarakat IslamSeterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidupAgar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna iniMenuju satu alam yang selama-lamanyaKerana di situ pasti Destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta
************************************************************************************

Malam dan siang
Pagi dan petang
Langit dan Bumi
Matahari dan bulan
Semuanya berpasangan
Hingga Adam berasa keseorangan
Bertanya kepada Pencipta-Nya
Siapakah pasanganku?
Maka dijadikan Hawa dari tulang rusuk kiri yang bengkok
Agar dapat mereka berkasih sayang
Sungguh sempurna dunia ini
Tiada yang berseorangan
Semuanya diciptakan secara berpasangan
Malangnya tak ramai yang menghargai
Lantas mendatangkan kemusnahan di muka Bumi
Hai manusia
Belajarlah mengetahui sistem alam
Kerana kau akan temui
Asas kedamaian dan kebahagiaan yang dicari
Ketahuilah
Sistem kehidupan yang sempurna itu ialah ISLAM

Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan
Dari seorang yang perihatin...Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan PasanganSahabatku, diriwayatkan bahawa seorang wanita bernama Ummu Mahjul adalah seorangpelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat lelaki itu memberikan wang sebagaiimbalan kepadanya. Kemudian, ada seorang dari kaum muslimin yang ingin mengahwiniwanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Maka turunlahayat ini : "…dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yangberzina atau lelaki musyrik. "QS An-Nuur : 3HR. Ahmad dan An Nasa’iSahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang diungkapkan tentang ayat ini bahawaseorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina, tidak tertarik untuk menikah denganwanita baik-baik. Akan tetapi, ia hanya ingin menikahi wanita fasik yang berbuat burukseperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik yang berbuat buruk tidak tertarik untukdinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari darinya. Orang yang tertarik untukmenikahinya adalah lelaki yang satu perangai dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik.Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang, meskipun tidak menutup kemungkinansebaliknya, seperti yang dikatakan orang, ‘Hanya orang yang bertakwa yang melakukankebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang melakukan kebaikan.’ Demikian jugadalam kejadian ini.Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa engkau membangkitkan auratmu di depanumum? Untuk mendapat pacarkah? Untuk mendapat suamikah? Bukankah membangkitkanaurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah engkau ingin mendapatkan suami / isteriyang buruk perilakunya sama dengan kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut kebahagiaansempurna? Lihatlah pasangan hidup yang perilakunya sama-sama buruk, rumahtanggamereka tidak dapat bertahan lama!Wahai sahabatku, yakinlah dengan janji Allah bahawa engkau akan di beri pasanganterbaik jika engkau beriman dan bertakwa padaNya. Dan adalah Allah tidak pernahsedikit pun menyalahi janjiNya sendiri.

No comments: